Friday, January 22, 2010

TOBAT...

aku mahu bertobat... tobat dr buat dosa... mmg susahlah... hehari aku buat dosa, kecik ker besar ker... hehari... kali nih aku mahu tobat dr bg pinjam moto kesygn aku tuh kat org lain... tobat... jgn nk pinjam lah motor aku... aku mampu cakap G MAMPOS LAH!!!

begini kejadiannya...

Khamis, 14 Januari 2010 - Pemilik motor honda 125 merah, Akalili Fakhriah dilaporkan baru pulang dari membeli-belah dengan kawannya apabila dia tiba-tiba ditegur oleh seorang perempuan bernama Chan Mee Yan, uk 14663, pelajar Sarjana Muda Ekonomi Sumber Alam UMT. Mee Yan dengan bermuka kasihannya telah meminta simpati dari cik Akalili untuk meminjam motor untuk ke bandar bagi membeli tiket balik kampong, katanya kecemasan. cik Akalili dengan baik hatinya telah terkasihankan cik Mee Yan lalu dengan baiknya telah memberi kebenaran untuk meminjam motor kesayangannya ( sebelum ini cik Akalili dilaporkan sebagai seorang yang "JANGAN HARAP KORANG BOLEH PINJAM MOTOR AKU"). Cik Akalili telah meminta kad matrik, no telefon, dan no bilik cik Mee Yan agar sebarang kejadian berlaku bolehlah dirujuk kembali. Pada hari cik Mee Yan meminjam motor tersebut dan memulangkan semula, cik Akalili dikatakan tidak pergi melawat motornya langsung hinggalah hari ahad. Pada hari ahad tersebut, cik Akalili terkejut apabila melihat no. plat motornya patah, bukan sedikit tapi semua, sampai tidak mempunyai no. plat pon langsung ( rasa macam motor haram plak dah). Cik Akalili dengan marahnya menelefon cik Mee Yan untuk bertanyakan kejadian sebenar, tetapi cik Mee Yan menafikan kejadian kepatahan no. plat motor cik Akalili. cik Akalili dengan baiknya tidak mahu menuduh yang bukan-bukan, berkata tidak mengapalah tapi di belakang (!@#$#%$%^&*(&&^=mencarut). Kalau mahu buat laporan polis, sudah semestinya polis akan menuduh cik Mee Yan yang merosakkanya kerana cik Mee Yan adalah pengguna terakhir yang diamanahkan oleh Cik Akalili yang telah baiknya menolong cik Mee Yan yang dalam kesusahan tetapi kesemua jasa baiknya telah dibalas dengan kerosakan motor yang terpaksa diganti oleh cik Akalili sendiri. Oleh itu, motto terbaru cik Akalili adalah KALU AKU TAK KENAL KO, SAMPAI KO BUNUH DIRI PON AKU TAKKAN BAGI PINJAM MOTOR AKU. -berita dilaporkan oleh Akalili Fakhriah-

ps: aku tidak lagi percaya pada org lain walaupun sudah memiliki butir2 peribadi mereka tetapi tobat aku takkan percaya lagi pada org lain kalo korg bukan kawan aku..

No comments:

Post a Comment